Kit Bantuan Kecemasan

Adalah amat disyorkan setiap rumah dilengkapi dengan sebuah kit bantuan kecemasan. Anda boleh membelinya di kedai ubat atau farmasi. Jangan lupa untuk mengawasi tarikh luput bekalan di dalam kit bantuan kecemasan anda secara tetap dan menggantikannya apabila perlu. Kit bantuan kecemasan perlu diletakkan di tempat yang senang dicapai oleh orang dewasa tetapi jauh daripada jangkauan kanak-kanak.


ALAT-ALAT BIASA DI DALAM KIT BANTUAN KECEMASAN

1. Penyepit kecil - Mengeluarkan sengatan dan objek asing kecil lain yang terlekat pada kulit/luka 
2. Gunting - Menggunting pembebatan luka dan pembalut Pelindung muka pemulihan Bertindak sebagai lapisan perlindungan semasa CPR (Pemulihan Kardiopulmonari) 
3. Termometer - Mengukur suhu tubuh manusia 
4. Sarung tangan pakai buang - Melindungi penyelamat daripada jangkitan yang disebarkan melalui darah dan cecair badan 
5. Pita pelekat - Melekatkan pembalut 
6. Pembebatan luka - Melindungi luka daripada terdedah kepada kotoran dan lain-lain sumber jangkitan; jenis-jenis pembalut luka termasuk pembalut bantuan kecemasan, pembalut mata steril, plaster berperekat dan pad kain kasa steril. 
7. Kain Anduh -  Pembalut segitiga untuk menyandang dan pembalut krep untuk menyaluti luka (cth. luka pada lengan)



Comments