langkah-langkah yang perlu dibuat sekiranya seseorang terseliuh kaki;
1. Bangun perlahan-lahan dan cuba berjalan mengikut cara yang buat diri rasa selesa.
2. Jangan urut bahagian yang sakit dalam tempoh 48 jam selepas terseliuh. Hanya jumpa tukang urut untuk urut kaki selepas 2-3 hari kaki terseliuh. Ini untuk mengelakkan bengkak pada bahagian cedera menjadi lebih teruk.
3. Letakkan bandage pada bahagian yang sakit untuk mengelakkan pergerakan yang berlebihan.
4. Rendam kaki yang sakit setiap 1-2 jam sekali dengan ais, 20 minit setiap sesi.
5. Ketika tidur, angkat kaki yang sakit lebih tinggi daripada bahagian badan yang lain, untuk mengelakkan bengkak pada bahagian yang sakit menjadi lebih teruk.
6. Sekiranya kaki terasa sangat sakit, lebih-lebih lagi jika tidak dapat menggerakkan kaki ke kiri-kanan atas-bawah seperti biasa, berjumpalah doktor untuk memeriksa keadaan kaki, dikhuatiri ada tulang patah/retak ataupun ligamen terkoyak.
7. Jika tidak tahan sakit, minta doktor bagi painkiller untuk redakan rasa sakit.
8. Jangan terlalu banyak bergerak selagi kaki belum sembuh sepenuhnya. Bergerak sekadar perlu sahaja.
Tempoh masa untuk kaki terseliuh sembuh adalah bergantung kepada tahap keadaan kecederaan, sekiranya sikit sahaja terseliuh, lebih cepat baik , begitu juga sebaliknya. Menurut ahli fisioterapi, selepas seminggu insya-Allah sudah boleh berjalan seperti biasa dan kembali melakukan aktiviti harian dengan lebih aktif. Tetapi sekiranya seseorang atlit terseliuh, mereka memerlukan lebih kurang 3-4 minggu sekurang-kurangnya untuk kembali menjalani latihan dan sukan mereka.
Akhir kata, berjalan la dengan cermat, elakkan terseliuh selagi boleh. Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment